SEORANG warga emas maut selepas dihempap sebatang pokok tumbang, petang Selasa. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi berkata, ketika kejadian, lelaki berusia 60-an itu sedang memancing di Sungai Langat. ARTIKEL BERKAITAN: Angin kencang dan hujan lebat, rider maut dihempap pokok tumbang "Anggota bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 4.50 petang dan mengalihkan pokok yang tumbang menghempap mangsa. "Kematiannya disahkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan. "Mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI