suria

Seorang selamat, 3 masih tertimbus... 15 rumah rosak akibat tanah runtuh di Taman Bukit Permai

tanah runtuh 3

SEORANG daripada empat mangsa yang dilaporkan tertimbus di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Permai 2 Ampang, Selangor pada petang, Khamis ditemukan selamat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.54 petang itu, empat buah rumah tertimbus sepenuhnya manakala 15 lagi terjejas akibat runtuhan tanah yang berlaku.

Turut sama dilaporkan terjejas adalah 10 kenderaan yang dipercayai berada berhampiran tanah runtuh berkenaan.

Keadaan rumah yang terkena runtuhan tanah.

Keadaan rumah yang terkena runtuhan tanah.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.54 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira enam minit kemudian.

"Laporan awal yang diterima adalah tanah runtuh menyebabkan 15 rumah terjejas manakala dua lagi tertimbus.

"Sebanyak 10 kenderaan dilaporkan turut terjejas. Berdasarkan maklumat saksi, terdapat empat mangsa yang tertimbus," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau operasi masih diteruskan dan pihaknya sedang mengeluarkan mangsa tertimbus.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain