suria

Tanah runtuh Ampang: Lelaki 68 tahun antara 2 terselamat, 3 lagi masih hilang... penduduk sekitar diarah pindah serta merta

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Dua daripada lima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang Khamis, berjaya diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat di di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Permai 2 Ampang, Selangor.

Perkara itu diejaslan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha yang hadir dalam operasi penyelamat di tempat kejadian.

Menurutnya, dua daripada mangsa yang berjaya diselamatkan dipercayai tinggal bersama dalam salah satu kediaman yang tertimbus.

"Maklumat awal mengatakan lima mangsa tertimbus, mereka terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan.

"Kira-kira pukul 6.54 petang tadi kita berjaya menyelamatkan seorang warga emas berusia 68 tahun yang berada di dalam kediamannya dan seorang lagi baru sahaja dikeluarkan kira-kira pukul 7.53 malam," ujarnya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Tambahnya, pada masa ini operasi pencarian tiga lagi mangsa sedang diteruskan dan salah seorang yang masih hilang adalah pekerja dari Sabah.

"Warga Sabah ini merupakan pekerja penyelenggaraan di kawasan sekitar taman ini. Kesemua penghuni di kawasan ini diarahkan keluar meninggalkan kawasan tanah runtuh," jelasnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.54 petang itu, 10 kenderaan yang dipercayai berada berhampiran tanah runtuh berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain