SEORANG rakyat tempatan mendakwa gagal dalam temuduga kerja di Amerika Syarikat (AS) kerana terpalit dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam satu perkongsian video bertarikh 25 Februari 2022, dia meluahkan rasa sedih selepas gagal dalam permohonan kerja sebagai jurutera di sebuah syarikat multi-nasional (MNC) di negara itu. "Tadi baru lepas temuduga kerja di salah sebuah syarikat MNC yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Rasa sedih sangat. ARTIKEL BERKAITAN: Skandal 1MDB: Rohana menghadap SPRM, 9 jam rekod keterangan ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta jadi tumpuan dalam perbicaraan 1MDB, Leissner mengaku kahwini 2 wanita dalam masa yang sama "Dia tahu je saya orang Malaysia, terus kena tolak. Malangnya mereka baru tengok berita mengenai perbicaraan 1MDB. Mereka pandang serong terhadap rakyat Malaysia," dakwa individu itu. Dalam posting video sama, dia turut memuat naik peringatan berhubung impak negatif amalan rasuah yang berleluasa. "Rasuah ni kalau teurk, tak ada siapa pun akan percayakan tenaga kerja Malaysia lagi. Kalau jurutera rasuah, pesawat boleh terhempas. Kapal terbang tak akan siap walau dah bayar berbilion. "Rakyat biasa yang tak rasuah pun kena tempias. Saya malu bila rakan serumah ajak borak mengenai rasuah di Malaysia," ujar individu itu. Kisah temuduga itu dikongsi menerusi TikTok dan Twitter. (Gambar Hiasan) Tambahnya lagi, dia bukanlah anak orang kenamaan, malah sanggup menyambung pengajian ke AS dengan pembiayaan sendiri. "Saya bukan anak VIP. Ambil pinjaman tanggung sendiri datang belajar kat sini. Saya sentiasa rasa bangga bila perkenalkan kita sebagai rakyat Malaysia. Macam tak logik je cerita ni. AS ada undang-undang anti diksriminasi yang tegas. NETIZEN "Pertama kali rasa macam jadi liabiliti la pula. Orang lain yang khianat, orang lain yang merompak, rakyat Malaysia yang tak bersalah yang tanggung bala. "Tak apa, rezeki Allah tentukan. Saya akan terus bangga perkenalkan diri sebagai rakyat Malaysia. Saya cinta Malaysia," tulisnya lagi. Video itu dikongsi menerusi TikTok itu turut ditularkan ke laman Twitter sehingga meraih pelbagai komen netizen. Selain bersimpati dengan nasibnya, rata-rata pelayar Twitter menzahirkan pendapat berbeza dan menyifatkan kisah itu sebagai rekaan semata-mata. "Macam tak logik je cerita ni. AS ada undang-undang anti diksriminasi yang tegas. Kalau setakat tengok 1MDB terus hilang kelayakan semua rakyat Malaysia, siap bagi tahu kat calon, memang drama sangat lah. Individu itu mendakwa gagal dalam temuduga kerja pada Februari lalu. (Gambar Hiasan) "Bukan rezeki namanya tu. Masalah negara kenapa rakyat nak tanggung bila masuk kerja dekat luar negara? Tak logik. "Berdasarkan video, jenis tulisan dan emoji macam tu, saya tak rasa video ini kisah benar. "Rasuah tu memang tak elok. Kalau tuan video ni menipun pun, tak elok juga. "Saya baru sahaja dipanggil oleh sebuah syarikayt MNC di AS untuk temuduga minggu lepas. Tak ada sebut 1MDB pun. Hanya pasal kerja," tulis beberapa netizen. Di Twitter, video itu sudah menerima lebih 116,000 tontonan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI