suria

Tawar konten lebih menarik sepanjang tahun matlamat kerjasama antara Majoriti dan Grab Malaysia

Chung Eng Lee (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Yeow (dua dari kiri) menandatangani kerjasama dengan JJ Tan (dua dari kanan).

PORTAL berita Bahasa Malaysia, Majoriti bekerjasama dengan Grab Malaysia dalam usaha menawarkan konten lebih menarik dan faedah eksklusif kepada pengguna dan komuniti rakan kongsi pemandu serta penghantaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Diskaun 15 peratus barangan American Tourister eksklusif buat pembaca Majoriti

Menurut Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee, Grab terkenal sebagai aplikasi harian dan telah menjadi begitu sebati dengan gaya hidup rakyat Malaysia.

Katanya, daripada servis pengangkutan dan penghantaran yang pelbagai telah ditawarkan kepada peniaga, Grab adalah contoh terbaik kerana cara mereka memenuhi setiap keperluan pengguna di seluruh negara.

“Kami sangat teruja apabila dapat bekerjasama dengan mereka (Grab Malaysia).

“Sama seperti inisiatif mereka untuk meluaskan skop tawaran untuk kemudahan pengguna, kami berharap kadar langganan eksklusif Majoriti yang hanya RM10 setahun akan memberi manfaat kepada pembaca dan pengguna kami,” katanya.

Malah, Eng Lee turut menyatakan dengan manifesto Majoriti yang menyediakan berita dan pandangan yang tidak berat sebelah kepada orang ramai, perkongsian itu akan membolehkan pembaca mendapat berita itu mengikut keselesaan mereka.

“Sementara pengguna menikmati pelbagai tawaran dan perkhidmatan yang ditawarkan Grab, kami berharap Majoriti dapat membawa berita paling relevan dan terkini dengan lebih dekat kepada pembaca kami, di hujung jari mereka,” tambah Eng Lee.

Ketua Komersial dan Perkongsian Grab Malaysia, JJ Tan berkata, sebagai penyokong ekonomi digital, mereka percaya bahawa pekerjaan secara fleksibel dan akses mudah kepada maklumat adalah faktor penting dalam membuka peluang ekonomi.

“Kami ingin menyediakan kepada rakan kongsi pemandu dan penghantaran kami akses kepada maklumat yang boleh memperkasakan mereka untuk membuat pilihan yang lebih bermanfaat.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Majoriti dalam menyediakan komuniti pemandu dan rakan kongsi penghantaran kami dengan akses kepada kandungan terkini dan berkaitan,” jelas Tan.

Langganan Majoriti boleh didapati melalui GrabBenefits, program holistik yang bertujuan untuk menjaga kebajikan dan mata pencarian rakan kongsi Grab.

Ia direka untuk menangani dan memenuhi pelbagai jenis keperluan terutamanya; perlindungan, penjimatan kos di jalan raya dan peningkatan kemahiran berbanding akademi.

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada ratusan ribu rakan kongsi di platform Grab.

Majoriti mula bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk mengembangkan tawaran masing-masing.

Rakan kongsi dan peniaga pada masa ini termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial, Aeon Co (M) Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Secret Recipe Cakes and Cafe Sdn Bhd, Yoodo, Petronas Dagangan Bhd, Samsonite (M) Sdn Bhd, hotel di bawah IOI Properties Group Bhd dan banyak lagi dalam perancangan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Majoriti atau untuk melanggan, layari majoriti.com.my

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain