ANGKAT sumpah jawatan Menteri Besar Johor masih belum dilaksanakan 48 jam selepas kemenangan besar Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Ketidaktentuan itu menimbulkan pelbagai spekulasi bagi pemilihan Menteri Besar dalam kalangan media. ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: BN menang majoriti mudah Spekulasi itu bertiup kencang selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihati ke Istana Johor bagi menghadap Sultan Ibrahim Iskandar, kira-kira pukul 3.15 petang Isnin. BN sentiasa menegaskan bahawa bekas menteri besar, Datuk Seri Hasni Mohammad dijangka kembali memimpin. Ketidaktentuan itu juga membuatkan bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Johor yang baharu. Dalam pada itu, Hasni mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin Johor. Hasni yang juga Pengerusi Umno Johor berkata, ia berikutan orang muda mampu memberikan idea dan sumbangan bermakna dalam pembangunan Johor. "Melihat kepada sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan Johor dan demi kemakmuran negeri yang berpanjangan, saya mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri," katanya dalam satiu kenyataan. Dalam PRN Johor, BN memenangi sebanyak 40 kerusi diikuti 16 kerusi daripada Pembangkang. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI