PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang disahkan positif Covid-19. Menurut anak beliau, Muhammad Khalil, Ahli Parlimen Marang itu mengalami gejala ringan. "Mohon doa kepada ayahanda tuan guru supaya diberikan kesembuhan segera. "Beliau disahkan positif Covid-19 dan hanya mengalami gejala ringan," katanya di Facebook, Ahad malam. Muhammad Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok berkata, bapanya kini menjalani kuarantin di rumah dan dalam keadaan baik. "Bersama kita doakan kesihatan ayahanda tuan guru," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI