KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyatakan tiada ketetapan dan perancangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur pada masa ini. Bagaimanapun katanya, kerajaan tetap komited untuk membendung perkahwinan bawah umur dengan melaksanakan program di bawah Pelan Strategik Nasional Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur. Tambahnya, perkahwinan bawah umur bukan sahaja perlu ditangani melalui perubahan perundangan tetapi juga melalui pendidikan, advokasi, kesihatan, pengukuhan institusi keluarga dan sokongan sosioekonomi. "Pada masa sama, jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan akan terus memantau pelaksanaan dan pembangunan program yang dirangka," katanya. - The star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI