GAJI bulanan masih sama sejak 20 tahun lalu. Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing menggesa kerajaan negeri melaksanakan kadar gaji minimum seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara menyeluruh di semua peringkat tanpa meminggirkan kakitangan tetap atau sambilan. ARTIKEL BERKAITAN: Gaji minimum RM1,500 disambut baik, tapi ramai mula fikir bermacam kemungkinan terutama barang naik harga ARTIKEL BERKAITAN: Gaji minimum RM1,200 sebulan berkuatkuasa 1 Januari depan Katanya, ia susulan terdapat dakwaan masih ada pekerja harian menerima gaji pokok yang tidak berubah walaupun sudah 20 tahun berkhidmat dan gaji minimum RM1,200 dilaksanakan sebelum ini. "Contohnya, gaji sebulan sebanyak RM968 yang diterima pekerja harian di sebuah agensi di negeri ini sejak 2002 tetapi tidak pernah dinaikkan sehingga hari ini. "Walaupun pekerja tersebut berstatus gaji harian, namun amat tidak logik jika kadar yang ditetapkan tidak berubah selama 20 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu. Kenaikan gaji minimum 2022 yang diumumkan Perdana Menteri adalah RM1,500. - Gambar hiasan Menurut Pengarah Komunikasi UMNO Sabah itu lagi, sebagai pemimpin wajar untuknya menyuarakan perkara itu demi nasib pekerja yang terlibat. "Apa dasar kerajaan sehingga gaji pekerja ini tidak pernah dinaikkan selama 20 tahun bekerja? Bukankah kerajaan telah menetapkan gaji minimum sebelum ini RM1,200 dan bakal dinaikkan kepada RM1,500. "Pekerja ini layak menerima kenaikan gaji bukannya diabaikan sedangkan gaji itulah yang digunakan untuk menyara keluarga malah dengan peningkatan harga barang semasa bagaimana pekerja ini mampu meneruskan kehidupan," katanya. Sementara itu, berdasarkan gambar sekeping surat yang diperoleh, pekerja yang berkhidmat di sebuah agensi di Tawau didapati menerima gaji harian sebanyak RM44 sejak 2 Januari 2002 tanpa sebarang kenaikan gaji. - Sinar harian Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI