suria

Sempadan dibuka 1 April, 2.5 juta pelancong dijangka ‘meriahkan’ Langkawi sepanjang tahun ini

Ia memberi harapan baharu kepada pelancongan Langkawi memandangkan pulau terbabit sering menjadi pilihan pelancong asing untuk bercuti.

PENGUMUMAN pembukaan sempadan pada 1 April depan disambut baik oleh masyarakat negara ini.

Ia bermakna destinasi pelancongan tempatan akan mula menerima kehadiran orang luar, sekaligus dapat memacu ekonomi negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertukar beg di jeti Langkawi, ‘jodoh’ garang selamba sound “lain kali periksa dulu sebelum turun”... komen balas si kakak paling win!

Dalam pada itu, sasaran kedatangan pelancong ke Pulau Langkawi pada tahun ini dijangka meningkat kepada 2.5 juta susulan pembukaan sempadan pada 1 April ini.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebelum ini menyasarkan 2.5 juta kedatangan pelancong ke pulau ini dengan 85 peratus daripadanya pelancong tempatan.

Katanya, pengumuman pembukaan sempadan memberi harapan baharu kepada pelancongan Langkawi memandangkan pulau terbabit sering menjadi pilihan pelancong asing untuk bercuti.

"Oleh sebab itu kita yakin kemasukan pelancong ke Pulau Langkawi akan meningkat sepanjang tahun ini.

"Tambahan pula prosedur operasi standard (SOP) lebih longgar berbanding Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan pejabat baru Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Kedah/Perlis di sini, pada Ahad.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib.

Menurutnya, mesyuarat bersama pemain industri Langkawi juga akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri untuk membincangkan perancangan bagi merancakkan sektor pelancongan di pulau terbabit.

"Antara yang akan dibincangkan adalah idea dan perancangan untuk menggalakkan kemasukan pelancong ke kepulauan ini. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain