PENGGUNAAN aplikasi MySejahtera masih diperlukan walaupun negara akan beralih ke fasa peralihan endemik bermula 1 April ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, aplikasi berkenaan bukan bertujuan untuk merekodkan lokasi pengguna, sebaliknya untuk mengesan kontak rapat kes positif Covid-19 bagi tindakan susulan. ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia bebas melancong, MySejahtera bakal disenaraikan dalam sistem EU ARTIKEL BERKAITAN: Pengguna perlu sahkan butiran dalam MySejahtera untuk akses semua fungsi... dah ‘verified’ ke belum? "Kita belum masuk ke fasa endemik tetapi ke fasa peralihan endemik, nak ke endemik jauh sangat. Kita masih ada ribuan jangkitan setiap hari. "Jadi MySejahtera masih berfungsi untuk beritahu kepada pengguna sekiranya mereka telah jadi kontak rapat. Dulu mereka yang kontak rapat diminta asingkan diri dan sekarang kontak rapat cuma diminta semak ada gejala atau tidak," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan pada Selasa. Menurutnya, penggunaan aplikasi berkenaan mungkin akan dimansuhkan dalam masa beberapa bulan lagi sekiranya keadaan kes di negara ini sudah stabil. Khairy juga menyangkal kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengatakan masyarakat dibebani dengan mekanisme 'surveillance' disebabkan penggunaan MySejahtera yang seolah-olah menceroboh privasi pergerakan mereka. "Mungkin dalam tempoh sebulan dua lagi apabila keadaan dah semakin stabil, mungkin waktu itu sesuai kita hentikan penggunaan MySejahtera. - Sinar Harian Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI