suria

Tiada halangan makan di restoran, masuk pusat beli-belah jika tiada dos penggalak - Khairy

Individu yang belum menerima dos penggalak tidak mempunyai status vaksinasi penuh pada MySejahtera.

PENERIMA vaksin Sinovac dan Sinopharm serta mereka yang berumur 60 tahun ke atas tetapi belum mendapatkan dos penggalak, masih dibenarkan untuk makan di restoran mahupun memasuki pusat beli-belah walaupun status divaksinasi penuh sudah tiada pada MySejahtera bermula 1 APril.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, walau demikian, golongan tersebut perlu mengambil dos penggalak sebagai perlindungan tambahan daripada Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: MySejahtera masih perlu digunakan untuk kesihatan awam - Khairy

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia bebas melancong, MySejahtera bakal disenaraikan dalam sistem EU

"Bermula 1 April, penerima Sinovac dan Sinopharm yang berumur 18 tahun ke atas termasuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas tidak dikira sebagai penerima vaksin penuh jika tidak mendapatkan suntikan dos penggalak.

"Namun mereka masih boleh makan di restoran, memasuki bangunan atau tempat keagamaan jika sudah mendapatkan suntikan dos primer," katanya.

Jelas beliau, dos primer merujuk kepada dua dos vaksin seperti Pfizer, AstraZeneca serta Sinovac dan ia mestilah melebihi 14 hari daripada tempoh suntikan kedua berkenaan.

"Mereka yang menerima satu dos vaksin CanSino juga dianggap telah menerima dos primer selepas tempoh 14 hari suntikan," tambahnya.

Bagaimanapun, pemilik premis perlu memeriksa dan memastikan hanya pelanggan yang mempunyai dua dos lengkap dibenarkan masuk. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain