suria

Pengecualian tol selama 7 hari di sempadan Malaysia-Singapura

Pengecualian tol selama tujuh hari sempena pembukaan semula laluan darat Malaysia-Singapura. Gambar hiasan

BERMULA Jumaat ini, pengecualian bayaran tol dikuat kuasa selama tujuh hari melibatkan semua jenis kenderaan di sempadan Malaysia-Singapura sempena pembukaan semula laluan darat kedua-dua negara.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pengecualian itu membabitkan plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua) di Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Pintu sempadan darat Singapura – Malaysia dibuka 1 April... ada 3 perkara anda tak perlu buat

"Ia adalah selaras dengan pendekatan untuk memudah cara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura. Pengecualian ini adalah untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui 'Touch and Go' dan 'Smart Tag',” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, keputusan memberikan pengecualian bayaran tol melibatkan perjalanan masuk dan keluar menerusi kedua-dua plaza itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas berikutan pembukaan sempadan laluan darat yang ditutup sejak dua tahun lepas akibat pandemik Covid-19.

"Pengecualian ini adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi," katanya.

Ismail Sabri berkata, sempena pembukaan semula sempadan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menganggarkan sekurang-kurangnya 42,000 kenderaan akan memasuki Malaysia menerusi Tambak Johor dan Linkedua setiap hari. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain