PIHAK Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengambil tindakan ke atas seorang pensyarah wanita selepas tularnya satu video sejak Selasa malam. Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, insitusi pengajian itu sedang meneliti kes berkenaan yang mana pensyarah tersebut memarahi pelajarnya gara-gara tidak memiliki komputer. ARTIKEL BERKAITAN: Status FB 2020 jadi tular, pensyarah viral pernah luah rasa kesian pada golongan memerlukan... ‘UiTM’ dan ‘prof’ trending di Twitter ARTIKEL BERKAITAN: Padah hina siswa B40 tiada komputer, menteri minta pihak universiti beri penjelasan isu pensyarah viral "Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU). "Saya difahamkan, insiden terbabit berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuat naik semalam. "Bagaimanapun, tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan (komputer riba)," katanya sebagai berkata, memetik laporan Berita Harian. Tambah Roziah, wanita itu, Profesor Dr Ts Roshana Takim adalah pensyarah yang bagus dan mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan. Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor. "Tindakan akan diambil, tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum tindakan diambil. "Semua pensyarah UiTM mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka dan saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf dan pelajar saya," katanya. Menurut Roziah lagi, universiti itu juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam tempoh terdekat. Untuk rekod, rakaman video kelas online, memaparkan pensyarah itu memarahi pelajarnya tular di Twitter sejak Selasa malam. Pada Rabu pagi, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad juga mahu pihak UiTN membuat penjelasan berhubung isu berkenaan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI