suria

Polis siasat kes guru Kafa rotan murid hingga berbirat

Badan pelajar berkenaan yang berbirat, dipercayai dirotan guru Kafa tersebut. Foto: Media sosial

POLIS sedang meneliti kes di mana seorang murid berusia 11 tahun didakwa dirotan sehingga berbirat oleh seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihak polis menerima laporan yang dibuat oleh bapa mangsa pada malam Selasa (29 Mac) lalu.

"Siasatan awal mendapati, guru terbabit telah merotan pelajar berusia 11 tahun tersebut sebanyak lima kali hingga mengakibatkan badannya mengalami kesan calar dan telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

ARTIKEL BERKAITAN: Zaman berubah... betul ke murid sekarang makin manja? Guru garang kongsi kisah merotan, bagaimana pelajarnya dah jadi orang!

"Guru tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa kerana meminta rakannya yang duduk di bahagian hadapan kelas supaya menanggalkan songkok kerana sukar melihat tulisan di papan putih.

"Pegawai penyiasat kes telah hadir ke sekolah berkenaan namun dimaklumkan oleh pihak sekolahbahawa guru terbabit sedang bercuti dan kini berada di luar kawasan,"katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat (1 April).

polis rotan 1

Kenyataan polis berhubung kes rotan melibatkan pelajar berusia 11 tahun.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan dengan senjata atau cara berbahaya.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan," katanya lagi. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan