YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara. Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hanya menunjukkan gejala ringan. ARTIKEL BERKAITAN: “I miss my son” - Raja Permaisuri Agong luah rasa rindu ketika lalui tempoh kuarantin "Kesihatan Seri Paduka berdua secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan," katanya. Beliau menambah bahawa tempoh kuarantin Al-Sultan Abdullah akan berakhir pada 7 April, manakala Tunku Azizah pada 8 April. Ahmad Fadil menambah, bersempena Ramadan, Al-Sultan Abdullah bertitah kepada rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri walaupun negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik Covid-19 pada 1 April. Ahmad Fadil berkata, seluruh rakyat juga diseru untuk bersama mendoakan Seri Paduka berdua dikurniakan kesembuhan segera serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI