suria

Penerima Sinovac, warga emas pernah dijangkiti Covid-19 diberi penangguhan 3 bulan sebelum hilang status vaksinasi lengkap

Pengunjung sebuah restoran menunjukkan sijil vaksinasi ketika di premis. Foto: Azhar Mahfof/The Star

PENERIMA vaksin Sinovac dan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang belum menerima dos penggalak, tetapi pernah dijangkiti Covid-19, akan diberi tempoh penangguhan selama tiga bulan.

Bagaimanapun menerusi catatan di laman Facebook MySejahtera, mereka yang tergolong dalam kumpulan ini perlu mengambil dos penggalak untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada tindakan undang-undang terhadap penerima vaksin Sinovac jika mereka tolak dos penggalak - KJ

"Status vaksinasi penerima vaksin jenis Sinovac dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak tapi pernah dijangkiti Covid-19, akan dikecualikan daripada revokasi selama tempoh 3 bulan.

"Namun dua golongan yang tersenarai ini perlu mengambil dos penggalak dengan segera selepas sembuh bagi mengelakkan daripada status lengkap vaksinasi ditukar kepada belum lengkap vaksinasi," tulis catatan berkenaan.

mysejahtera

Info grafik yang dipaparkan di Facebook MySejahtera.

Ia menambah bahawa penerima boleh memilih masa dan lokasi untuk menerima dos penggalak masing-masing.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan berkata penerima vaksin Sinovac dan mereka yang berumur 60 tahun ke atas akan kehilangan status vaksin sepenuhnya pada 1 April, jika mereka tidak menerima dos penggalak selewat-lewatnya 31 Mac.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (30 Mac), Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, walaupun kumpulan itu akan kehilangan status vaksin sepenuhnya pada 1 April, mereka masih dibenarkan makan di kedai makan dan memasuki pusat membeli-belah. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan