suria

Wanita maut kereta rempuh SUV milik KKM

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

SEORANG wanita berusia 31 tahun maut apabila kereta yang dinaikinya merempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Kementerian Kesihatan (KKM).

Mangsa, Nurul Izzah Fatinah Ismail, dikeluarkan dari keretanya dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian di Jalan Labuk, Kampung Perpaduan, Kinabatangan, pada Selasa (5 April).

ARTIKEL BERKAITAN: Ambulans terbalik: Pemandu, pesakit warga emas maut

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.07 petang.

Seorang lagi mangsa, Abd Ruslan Abdullah, 53, yang memandu SUV milik Kementerian Kesihatan, dilaporkan cedera ringan.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi tamat pada 5.01 petang," kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain