suria

MDA batal kelulusan bersyarat 2 kit ujian kendiri Covid-19

Kit ujian kendiri Covid-19 dua syarikat dibatalkan kelulusan bersyarat MDA.

PIHAK Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) membatalkan kelulusan bersyarat kit ujian kendiri Covid-19 yang dikeluarkan dua syarikat, Innovac Technology Sdn. Bhd. dan Conan Medical Technology Berhad.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin, MDA memaklumkan pembatalan dibuat kerana establismen tersebut gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh pihaknya dan berkuat kuasa serta-mereta.

"MDA juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan," tulisnya.

Walaupun tidak menyatakan jenama dalam kenyataannya, MDA bagaimanapun menyiarkan dua gambar kit ujian kendiri tersebut. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain