suria

Agrobank bersama mStar kongsi nikmat Ramadan... Hargai penuntut UPM, seru tingkat prestasi

Tengku Ahmad Badli Shah bergambar bersama pelajar Fakulti Pertanian UPM. Foto: Yap Chee Hong/The Star

BULAN Ramadan merupakan peluang terbaik bagi orang ramai melipatgandakan amalan dan ibadat.

Tidak terkecuali pihak Agrobank dan mStar menjadikan bulan yang mulia ini dengan memperhebatkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menerusi kerjasama pada tahun ini, Agrobank dan mStar menyantuni pelajar dari Fakulti Pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, kolaborasi ini menyaksikan pihaknya menyalurkan sumbangan di bawah program CSR.

Beliau menyeru pelajar terlibat tingkatkan prestasi dan supaya dapat mengukuhkan jaminan bekalan pemakanan negara suatu hari nanti. Foto: Yap Chee Hong/The Star

Tengku Ahmad Badli Shah gembira apabila Agrobank dapat bersama-sama melakukan aktiviti CSR sempena Ramadan.

"Program Kongsi Nikmat ini diadakan khas pada bulan Ramadan dengan tujuan untuk meluaskan lagi capaian khidmat komuniti Agrobank dalam memberikan sumbangan dan bantuan terutamanya kepada golongan sasar.

"Saya amat berterima kasih kepada mStar kerana menyediakan peluang untuk kami bersama-sama dalam aktiviti CSR. Apatah lagi pada kali ini melibatkan pelajar daripada Fakulti Pertanian di UPM.

“Apatah lagi, sudah menjadi nadi kami di Agrobank untuk terus memainkan peranan sebagai sebuah entiti korporat yang mempunyai tanggungjawab sosial untuk terlibat secara aktif menjalankan pelbagai program sosial dan komuniti.

Harapan saya supaya lebih banyak segmen dapat dibantu... sama-sama menyantuni masyarakat terutama di bulan Ramadan.

TENGKU AHMAD BADLI SHAH RAJA HUSSIN

PRESIDEN/ CEO AGROBANK

"Ia bukan sahaja khusus kepada komuniti Agro, malah merangkumi keseluruhan aspek pembangunan sosial termasuk pendidikan, komuniti setempat dan sebagainya.

"Ini juga merupakan platform terbaik untuk Agrobank, malah aktiviti seumpama ini pastinya akan diteruskan pada masa akan datang," ujarnya ketika ditemui di Program Kongsi Nikmat Agrobank bersama mStar pada Selasa.

Mengenai kelainan pada tahun ini, Tengku Ahmad Badli Shah berkata, program yang diadakan lebih berstruktur kerana pihaknya mengetahui sasaran segmen lebih awal sekali gus memudahkan penyediaan sumbangan.

Pelajar turut menerima sumbangan juadah berbuka puasa. Foto: Yap Chee Hong/The Star

Pelajar menerima sumbangan juadah berbuka puasa.

Selain itu, tambah beliau, pihaknya juga amat teruja untuk mengadakan kerjasama dengan mStar menerusi program CSR seumpama itu pada masa akan datang.

"Harapan saya supaya kita dapat lebih banyak segmen dibantu, untuk kita sama-sama menyantuni masyarakat terutama di bulan Ramadan ini.

"Saya amat teruja untuk berjumpa dengan pelajar Fakulti Pertanian kerana ia adalah selari dengan mandat yang diberikan kepada kami.

Sebahagian pelajar menyuarakan rasa gembira dengan penganjuran majlis berkenaan. Foto: Yap Chee Hong/The Star

Sebahagian pelajar menyuarakan rasa gembira dengan penganjuran majlis berkenaan.

"Saya berharap mereka boleh belajar dengan baik dan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan jaminan bekalan makanan di Malaysia suatu hari nanti," ujarnya.

Program Kongsi Nikmat Agrobank bersama mStar pada tahun ini menyaksikan penyerahan sumbangan juadah berbuka puasa kepada para pelajar yang disempurnakan Tengku Ahmad Badli Shah bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Profesor Dr Arifin Abdu.

Kongsi Nikmat Bersama Agrobank 2022 di UPM. — YAP CHEE HONG/The Star

Da'i Annas memberikan tazkirah kepada tetamu.

Hadir sama Ketua Pengarang Berita mStar, Niezam Abdullah serta pendakwah bebas, Da'i Annas Khamis.

Sementara itu, wakil pelajar Fakulti Pertanian yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulit Pertanian (Permatani), Norharriz Reseli menyambut baik sumbangan juadah berbuka puasa daripada Agrobank dengan kerjasama mStar.

Tambah pelajar Ijazah Sarjana Sains Akuakultur itu lagi, diharapkan lebih banyak kerjasama khususnya dalam bidang pertanian antara Agrobank dan UPM pada masa akan datang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain