suria

Tragedi sebelum berbuka puasa, kanak-kanak 4 tahun maut ditimpa tiang pagar

Nur Iman Irdina ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh ibunya.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas ditimpa batu tiang pagar ketika dia bermain di rumahnya di Kampung Bukit Nangka, Alor Gajah, Melaka.

Dalam kejadian pukul 7 malam Selasa, Nur Iman Irdina ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh ibunya Aznynaqiah Mat Ali, 44, di perkarangan rumah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 6 tahun maut jatuh di sebuah hotel di Pulau Pinang

Ketua Polis Daerah, Superintenden Arshad Abu berkata, ibu mangsa sedang bersiap untuk berbuka puasa apabila kemalangan itu berlaku.

Katanya, ibunya mendengar bunyi dentuman kuat dan bergegas keluar dari dapur dan mendapati anak perempuannya berada dalam keadaan tidak bermaya.

Dua lagi adik-beradik mangsa turut bermain di luar tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan terdapat retakan pada dinding konkrit rumah itu sebelum runtuh. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain