suria

Bot karam Semporna: Mayat dua mangsa terakhir yang hilang ditemukan terapung

Dua mayat yang hilang dalam tragedi bot karam di Semporna, ditemukan terapung pada pagi Sabtu.

MAYAT dua individu dalam tragedi bot karam di Pulau Timbun Mata, Semporna yang dilaporkan hilang, akhirnya ditemukan pada pagi Sabtu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata penduduk kampung menemui mayat berkenaan di sepanjang pantai Pulau Puno Puno pada pukul 8.30 pagi Sabtu (16 April).

Ujarnya, mayat diserahkan kepada polis marin untuk dibawa pulang ke Hospital Semporna bagi proses bedah siasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bot karam: 3 kanak-kanak antara lima yang lemas di Semporna, dua masih hilang

Identiti dua mangsa tersebut masih belum didedahkan.

Media pada Khamis melaporkan, lima termasuk tiga kanak-kanak lemas apabila sebuah bot yang memuatkan 21 penumpang ekoran cuaca buruk di perairan Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata.

Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan untuk mengesan mangsa yang hilang.

Dalam pada itu polis menahan tekong bot berkenaan yang berusia 64 tahun pada Jumaat (15 April) bagi membantu siasatan kerana menyebabkan kematian dengan cuai. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain