suria

Tragis! Kanak-kanak perempuan dua tahun rentung dalam kediamannya di Kampung Sabah Baru

Anggota bomba membuat pemeriksaan di lokasi kebakaran.

KEBAKARAN membabitkan 30 buah rumah di Kampung Sabah Baru di Sabah pada pagi Selasa mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun rentung.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mayat Nurul Alisha Putri Abdullah, 2, ditemui di salah sebuah rumah yang terbakar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditinggalkan sendirian, budak lelaki 9 tahun ditemukan rentung

ARTIKEL BERKAITAN: Kemalangan dua kereta sedan.. empat maut, seorang rentung

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada jam 9.52 pagi.

"Kebakaran melibatkan 30 rumah jenis tidak kekal dan operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dengan menggunakan sumber air terbuka iaitu dari laut dan parit.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu.

Kebakaran di Kampung Sabah Baru melibatkan 30 buah rumah.

Kebakaran di Kampung Sabah Baru melibatkan 30 buah rumah.

"Hasil pemeriksaan terdapat seorang mangsa kanak-kanak perempuan ditemui rentung dalam kebakaran itu," katanya ketika dihubungi.

Kata Sumsoa, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi terkawal pada jam 10.55 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 petang," katanya.

Sebelum itu, seramai tujuh anggota dari BBP Lahad Datu ke lokasi yang terletak sejauh lapan kilometer dengan dibantu seramai enam anggota dari BBP Kunak dan enam anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Silam. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain