suria

432 tahanan Rohingya berjaya diberkas semula, 96 masih melarikan diri

Tahanan Depot Imigresen Relau berjaya diberkas semula.

SERAMAI 432 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang lari dari tahanan Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu di Kedah pada Rabu lalu, telah ditangkap semula.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, sehingga pagi Jumaat, 96 tahanan yang masih dikesan adalah 76 lelaki, sembilan wanita dan 11 kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Pati maut kemalangan, 500 cuba lari depot imigresen

Katanya, angka yang masih melarikan diri adalah besar.

Tambahnya, pada malam Khamis, sejumlah 448 tahanan telah dipindahkan ke empat Depot Imigresen yang berlainan iaitu di Langkap, Perak; Manchap Umboo, Melaka; Semenyih dan Bukit Jalil di Selangor.

Terdahulu, pada Rabu, rusuhan berlaku selepas warga Rohingya melancarkan protes di depot berkenaan dan semasa melarikan diri, enam tahanan termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Jawi. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain