suria

Makanan dihurung lalat, telur ayam bertahi antara kesalahan di bazar Ramadan

Makanan dihurung lalat antara kesalahan direkodkan di bazar Ramadan.

MEMBIARKAN lauk tanpa penutup hingga dihurung lalat selain menggunakan telur ayam yang masih bertahi antara kesalahan yang dikenal pasti dalam pemeriksaan mengejut oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan mengejut yang dilakukan menerusi Ops Bazar bagi memastikan makanan dijual bersih dan selamat dimakan oleh orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual kebab guna roti sandwich, lebih geli tekak pedal ayam tak disiang... betul ke ‘scam’ bazar Ramadan makin menjadi-jadi?

ARTIKEL BERKAITAN: Akak ni beli Mee Tonggek viral RM30 dengan sotong, tapi jumpa banyak ulat... Netizen syak gerai disihir, PPj dah ambil tindakan!

Katanya, kesalahan yang dilakukan itu adalah serius kerana sikap peniaga tersebut boleh menyumbang kepada keracunan makanan yang disebabkan oleh lalat.

Susulan itu, penguatkuasa terbabit mengeluarkan 25 notis atas pelbagai kesalahan terhadap peniaga Bazar Ramadan Sungai Dua, Butterworth di Pulau Pinang pada petang Khamis.

Pemeriksaan di gerai jualan sekitar Bazar Ramadan Sungai Dua.

Pemeriksaan di gerai jualan sekitar Bazar Ramadan Sungai Dua.

"Hasil pemantauan dilakukan mendapati tahap kebersihan yang dipraktikkan pengendali makanan di bazar tersebut pada tahap memuaskan," katanya.

Mohd Wazir berkata, pemeriksaan yang dibuat juga mendapati lebih 30 pengendali makanan di bazar tersebut tidak mengambil suntikan tifoid dengan alasan berniaga dalam tempoh sebulan sahaja.

Tambahnya, ada di kalangan peniaga yang memandang remeh isu pemakaian perlindungan diri (PPE) seperti topi serta apron sedangkan itu adalah perkara asas bagi individu yang mahu mengendalikan perniagaan makanan.

Dalam pada itu, Mohd Wazir terus mengingatkan peniaga untuk menjaga tahap kebersihan bagi mengelakkan insiden keracunan makanan berlaku kerana ia merupakan satu kesalahan serius. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain