suria

Pelanggan Maybank cemas! Baki akaun tiba-tiba tinggal kosong

Sistem perbankan atas talian Maybank alami masalah pada Isnin.

CEMAS melihat wang simpanan menunjukkan angka kosong ketika menyemak akaun, pelanggan Maybank tampil memenuhi ruangan komentar di Facebook institusi perbankan berkenaan.

Rata-rata mereka menyatakan terkejut selepas semakan dilakukan melalui aplikasi dalam talian bank itu pada pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Merana duit KWSP lesap! Hasrat cari ‘maid’ sambilan jadi mimpi ngeri, scammer selindung sebalik khidmat kemas rumah

"Saya rasa panik dan risau. Hampir pengsan sebentar tadi bila semak baki akaun tinggal RM0.00," kata Catherine Alek di Facebook.

"Ya ALLAH, boleh sakit jantung tiba-tiba buka akaun RM0.00 tau," kata Saidatul Indaha.

Maybank membuat permohonan maaf di Facebook.

Sementara itu, Maybank memaklumkan semua aplikasi perbankan dalam taliannya sedang mengalami pengaksesan yang perlahan ketika ini.

Maybank di Facebook memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pelanggan dan pihaknya sedang menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin.

"Kesabaran dan kerjasama anda amat dihargai," katanya pada Isnin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain