suria

Seks luar tabii dengan kucing! Warga emas mengaku bersalah, ikat jamin RM6,000

Janting mengaku bersalah atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan kucing.

SEORANG lelaki warga emas yang dituduh melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kucing pada 16 April lalu, dibenarkan diikat jamin sebanyak RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pada Isnin.

Ia susulan, Janting Anak Keling, 63, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

ARTIKEL BERKAITAN: Inspektor polis mengaku tak bersalah rogol, lakukan seks luar tabii terhadap tahanan wanita

ARTIKEL BERKAITAN: 287 kes seks luar tabii direkodkan di antara 2019 hingga November 2021

Mengikut kertas pendakwaan, tertuduh melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii dengan seekor kucing sehingga menyebabkan haiwan itu mati di sebuah kawasan permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini pada jam 4.30 pagi, 16 April lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya yang mengendalikan kes terbabit menjelaskan tiada sebarang jaminan ditawarkan, namun mencadangkan jaminan RM15,000 mengikut budi bicara mahkamah bagi membolehkan tertuduh dijamin.

Janting yang tidak diwakili peguam seterusnya memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan dia tidak bekerja.

Selain itu, tertuduh yang mendakwa berasal dari Sarawak turut memberitahu dia tinggal bersama anaknya dan baharu datang ke negeri ini.

Hakim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei depan bagi serahan dokumen. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain