suria

Wow! Tol percuma, diskaun sehingga 50 peratus sempena Aidilfitri

Kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma dan diskaun sehingga 50 peratus untuk semua kelas kenderaan sempena Aidilfitri. Muhamad Shahril Rosli/The Star.

SEMPENA sambutan Aidilfitri, kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma dan diskaun sehingga 50 peratus untuk semua kelas kenderaan apabila Keluarga Malaysia pulang berhari raya bermula 30 April hingga 1 Mei, kata Datuk Seri Ismail Sabri.

Dalam satu kenyataan Isnin, Perdana Menteri berkata peruntukan tol percuma itu melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan di bawah PLUS Malaysia Berhad dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di bawah Anih Berhad.

Perjalanan bebas tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan LPT juga akan diberikan pada 7 dan 8 Mei.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! PLUS tawar diskaun tol 20 peratus sempena Tahun Baharu Cina

Sementara itu diskaun antara 30 peratus dan 50 peratus juga akan diberikan untuk lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama untuk semua kelas kenderaan.

Diskaun tol sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada mereka yang menggunakan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Cheras-Kajang (GrandSaga), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-KL (Akleh), Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX) dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Manakala diskaun 30 peratus akan diberikan untuk Projek Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuh Raya Koridor Guthrie, Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuh Raya Lingkaran Luar (LLB) Butterworth, Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK), Jambatan Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah (JPP2), Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Klang Utara Baru Straits Bypass (Grand Sepadu), Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE). - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain