SEORANG wanita maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Sitiawan, Perak. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.32 petang Khamis (28 April) mengenai kemalangan yang berlaku di Kampung Kayan. Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda. Mangsa yang meninggal dunia adalah penumpang hadapan kereta berkenaan, manakala suami dan dua anaknya mengalami kecederaan. Empat orang lagi yang berada dalam pacuan empat roda turut cedera. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI