SEMUA pelajar diwajibkan hadir ke sekolah mulai 1 Mei, selaras dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Rabu (27 April). Kehadiran guru tanpa mengira status vaksinasi, turut diwajibkan ke sekolah untuk pengajaran secara bersemuka. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata peraturan kehadiran ke sekolah kembali seperti asal sebagaimana sebelum penularan wabak Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Tak wajib pakai pelitup di kawasan terbuka berkuat kuasa 1 Mei Menurutnya, ibu bapa perlu menyediakan surat penjelasan ketidakhadiran anak sekiranya pelajar tersbeut tidak dapat hadir ke sekolah, katanya. "Sama-sama kita pastikan bahawa dalam kita buka sektor pendidikan, kita perlu pastikan anak-anak terus hadir dengan selamat dan teratur. "Mohon jasa baik semua pihak, ibu bapa dan guru, pastikan kita mematuhi segala ketetapan, bagi membolehkan sesi ini diteruskan dengan selamat," katanya dalam satu sidang media khas pada Khamis. Sementara itu Radzi berkata, kelonggaran akan terus diberikan sehingga sesi penggal persekolahan kedua yang bermula 12 Jun ini berkaitan pemakaian baju seragam serta tatahias diri seperti rambut dan sebagainya. Beliau juga berkata langkah-langkah penjarakkan fizikal di dalam kelas akan dimansuhkan. Bagaimanapun beliau menambah, guru mesti memastikan pelajar memakai pelitup muka setiap kali berada di dalam kelas. Beliau juga berkata beberapa pengecualian dibolehkan termasuk guru tidak perlu memakai pelitup muka ketika mengajar di hadapan kelas. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI