suria

Tragis! Isteri, anak maut kemalangan sebelum Syawal

Keadaan kenderaan yang dinaiki dua beranak di Pinggiran Putra.

SEBUAH kereta jenis Perodua Myvi hilang kawalan sebelum melanggar penghadang di bahu kiri jalan dan terbabas di Persiaran Timur dari Kajang menghala ke Pinggiran Putra di Putrajaya, pada Sabtu.

Dalam kejadian pada jam 2.45 petang itu, mangsa Amalina Azman, 32, dan anaknya Dzul Qarnain Mohd Iqbal yang berusia dua tahun dua bulan disahkan meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Axia maut, isteri cedera... kereta bertembung lori

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pemandu kereta tersebut merupakan suami mangsa dan dia disyaki mengantuk ketika sedang memandu.

"Kereta itu hilang kawalan dan terlanggar penghadang di bahu kiri jalan sebelum terbabas.

"Kemalangan tersebut mengakibatkan wanita itu parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya manakala anaknya maut di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pemandu kenderaan tersebut tidak mengalami kecederaan.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain