suria

Orang ramai berpusu-pusu balik kampung, trafik sesak di lebuh raya utama

Aliran trafik mulai sesak di Tol Gombak. Foto: Glenn Guan /The Star

ORANG ramai sudah mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti perayaan Aidilfitri.

Setakat pukul 9 pagi Sabtu, aliran trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya utama, demikian menurut laporan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Trafik menuju Pantai Timur sesak di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke TP Gombak.

ARTIKEL BERKAITAN: Balik kampung! 5 juta kenderaan dijangka penuhi lebuh raya

Kesesakan sepanjang 25 kilometer (km) bermula dari TP Gombak hingga KM44.3 (Gombak ke Bukit Tinggi) dan dari KM46.9 hingga KM50.7 (Bukit Tinggi ke Lentang).

Di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula trafik lancar di sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala.

Sementara itu trafik turut dilaporkan sesak menuju Utara di beberapa tempat iaitu di Hospital Sungai Buloh menghala Bukit Beruntung; Bukit Tagar ke Tanjung Malim; Slim River ke Sungkai; Sungkai ke kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Tapah; persimpangan Tapah ke Gopeng serta Ipoh Selatan ke Sungai Perak. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

balik kampung, trafik sesak, LLM

Artikel Lain