suria

Boleh jadi ‘ungu mata hitamku’, video ‘30hari 30 purple’ trending di TikTok sepanjang Ramadan... Onde-onde pun tukar warna!

Hashtag 30 hari 30 purple sangat digemari warganet.

SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, pasti para content creator akan tampil dengan pelbagai konsep video '30 hari' sama ada berkaitan masakan, style tudung, solekan mahupun doa harian.

Tidak terkecuali memeriahkan konsep tersebut adalah seorang wanita yang mesra dikenali sebagai aunty purple dalam kalangan warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Leka tengok pemuda ini tulis khat di TikTok, ramai ‘request’ tulis nama... Imej arwah Tok Guru Nik Aziz pun ada!

ARTIKEL BERKAITAN: http://Wanita berguling atas jalan... belon berisi emas terbang tak dapat diselamatkan, suami tenang je beri gelang baharu

Namun aunty purple atau Noor Suhaili Mohamed Amin tampil berbeza apabila content yang disediakannya itu menjurus kepada warna kegemarannya iaitu ungu sekali gus mewujudkan 'era baharu' dalam penghasilan video viral.

Mana tidaknya, antara kandungan '30hari 30purple' yang disediakan adalah masakan berwarna ungu.

Maka tidak hairanlah setiap video yang dihasilkan mendapat ratusan tontonan selain mempunyai follower tersendiri kerana dia begitu mahir menggunakan transition.

Bercerita kepada mStar, wanita berusia 44 tahun itu memberitahu, idea untuk menghasilkan kandungan video '30hari 30purple' itu tercetus apabila warganet mula mengenalinya sebagai peminat tegar warna ungu.

Gemar membahasakan dirinya sebagai aunty, wanita tersebut berkata, dia tidak pernah membuat video yang menyatakan dia meminati warna ungu.

Dekorasi rumah juga berwarna ungu yang turut digabungkan dengan putih.

Dekorasi rumah juga berwarna ungu yang turut digabungkan dengan putih.

"Mungkin netizen perasan yang aunty mempunyai banyak koleksi berwarna ungu... setiap video pasti akan ada dekorasi atau barangan berwarna ungu yang kelihatan.

"Bermula daripada situ, aunty dikenali sebagai aunty purple dan kalau terjumpa orang ramai di luar pun panggilan itulah yang digunakan.

"Apabila sudah ada yang mengenali kewujudan aunty di media sosial, aunty terasa nak buat content seperti itu. Sebab ramai yang buat 30 hari 30 resipi, 30 hari 30 mekap, 30 hari 30 gaya tudung dan aunty cubalah 30 hari 30 purple," ujarnya ketika dihubungi.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, kandungan videonya itu dipelbagaikan dan tidak terhad kepada masakan bagi menampilkan kelainan serta menepati tema yang diperkenalkan itu.

Cincin bewarna ungu turut menjadi pilihan.

Cincin bewarna ungu turut menjadi pilihan.

Kepelbagaian itu sekali gus membuatkan netizen tertarik dan turut memberikan idea baharu kepadanya.

Malahan, video baharunya adalah berkaitan masakan berwarna ungu yang terdapat di bazar Ramadan.

"Selain pakaian dan barangan berwarna ungu disediakan untuk tatapan warganet, aunty juga ada menghasilkan masakan bertemakan warna tema itu seperti kuih muih dan kek.

"Mula-mula Google dulu resipi yang bersesuaian dan aunty olahkan. Kena banyak try and error untuk masakan, masa buat kek warna ungu tu... percubaan yang keempat kali baru menjadi," ceritanya yang merupakan anak jati Gombak, Selangor.

Katanya lagi, juadah istimewa berwarna ungu akan ditampilkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti sebagai penghargaan kepada warganet yang menyokong setiap video terbitannya.

Antara koleksi perkakasan dapur yang dimiliki Noor Suhaili.

Antara koleksi perkakasan dapur yang dimiliki Noor Suhaili.

Bagi dia yang juga pengasas butik pengantin di Gombak, sokongan daripada keluarga adalah perkara yang paling indah dalam hidupnya.

Ujarnya, koleksi perkakas mahupun hiasan rumah yang bewarna ungu sentiasa bertambah kerana anak-anaknya suka menghadiahkan barangan menepati warna kegemarannya terutama pada hari lahir.

"Keluarga memang sokong tapi aunty tidak menghalang mereka memilih warna idaman untuk bilik masing-masing dan dekorasi rumah pula tidak keterlaluan ungu kerana aunty campurkan hiasan putih bersama.

Memang banyak barang warna ungu dalam rumah, malah separuh daripada baju aunty adalah warna ungu.

NOOR SUHAILI MOHAMED AMIN

"Anak-anak juga suka hadiahkan aunty dengan barangan warna ungu seperti Tupperware, senduk dan pelbagai lagi," ujarnya sambil memaklumkan barangan pertama yang dibeli berwarna ungu adalah penapis yang digunakan untuk membasuh sayuran.

Bercerita tentang kenapa dia begitu meminati warna tersebut, ujarnya yang kini menetap di Bandar Baru Bangi, ungu membuatkan dia berasa tenang dan gembira.

"Aunty tidak mengkhususkan kod warna ungu tu tapi paling diminati adalah ungu lavender. Memang minat daripada kecil dan apabila sudah mempunyai rumah sendiri sejak 15 tahun lalu, minat tersebut diterjemahkan dalam hiasan dan dekorasi.

Keluarga sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Keluarga sentiasa memberi sokongan kepadanya.

"Memang banyak barang warna ungu dalam rumah, malah separuh daripada baju aunty adalah warna ungu. Awal-awal dulu memang susah nak dapatkan tapi sekarang dah banyak jenama yang sediakan koleksi warna ungu... cuma kena pandai cari tempat," luahnya.

Perkongsian 30hari 30 purple yang dibuat Noor Suhaili sentiasa mendapat tontonan dan ada yang menjangkau jutaan pelayar TikTok.

Rata-rata netizen juga menzahirkan rasa teruja dengan setiap video yang dikongsikan itu terutama sekali masakan berwarna ungu.

"Best la masakan aunty! Nak tengok sebulan.

"Sedapnya, nanti saya ikut resepi aunty... terima kasih.

"Aunty buat tart ungu untuk saya," komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain