SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri pastinya tidak lengkap tanpa juadah-juadah tradisi Melayu seperti ketupat, lemang dan rendang yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Di sebalik kemeriahan itu, kita digalakkan untuk makan secara berpada-pada bagi mengelakkan kesan buruk ke atas badan sendiri, selepas berakhirnya Syawal nanti. Menurut jurulatih kecergasan dari Johor, Mohd Aidil Fitri Azeeli, kesibukan beraya bukan penghalang untuk kita semua melakukan aktiviti kecergasan, sebaliknya ia masih boleh dilakukan walaupun dalam tempoh yang singkat. ARTIKEL BERKAITAN: Instafamous masih terkesan bapa ‘pergi’ mengejut, ibu beri semangat sambut Aidilfitri - “Saya pernah kumpul duit raya sampai RM1,500” ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 tahun sambut raya di rumah kakak lain agama, mualaf kelahiran Sabah impikan Aidilfitri 2022 lebih meriah... nak beraya di kampung isteri pula "Konsepnya kalau kita dah banyak makan, maknanya banyak 'kerja' yang perlu dilakukan. Kerja itu maksudnya work out. Kalau badan jenis yang cepat naik, sewajarnya berhenti sebelum kenyang. "Kena sentiasa beringat dan teruskan bersenam. Kalau ada masa lapang, boleh saja bersenam pada petang atau malam selepas beraya. Tak perlu pun sampai dua ke tiga jam. Sejam sehari pun dah memadai," ujar jejaka berusia 29 tahun itu. Senang disapa Fitri, dia berkata masalah perut buncit atau boroi turut menjadi igauan ngeri sebilangan besar lelaki, tambahan pula banyak makanan yang bakal 'diisi' ketika sambutan raya nanti. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Jelasnya, minuman berkarbonat yang sering dihidangkan pada hari raya merupakan 'musuh utama' yang wajar dielakkan, selain beringat dalam pengambilan makanan yang tinggi dengan kalori. "Masalah perut buncit ada banyak faktor. Air gas merupakan antara puncanya. Saya selalu beri nasihat kepada pelajar saya, kalau boleh jangan ambil air bergas. Ia tak bagus untuk kesihatan. "Kalau boleh, biarlah ia jadi pilihan terakhir. Pucuk pangkalnya dari hati. Bila ada pilihan depan mata, contohnya ada teh, kopi dan air gas... apa yang kita akan pilih? Soalan paling banyak yang saya terima, orang tanya cara untuk dapatkan six pack, cara nak kurus dan cara untuk dapatkan badan macam saya. FITRI "Pengiraan kalori juga penting. Tapi bagi sesetengah individu, mereka macam serabut bila saya sebut mengenai pengiraan kalori. Ramai yang tiada masa nak kira kalori dalam badan dan makanan sebab banyak kerja, mereka tiada masa ke arah itu. "Paling senang, Google saja piramid makanan dan ikut apa yang ada dalam gambar. Itu yang paling senang untuk kita buat. Jadi bukanlah tak boleh makan langsung makanan raya, tapi kena berpada-pada. "Kena ingat, ada banyak rumah yang akan dikunjungi. Kalau rumah pertama dah makan banyak, bagaimana dengan rumah-rumah seterusnya? Nak kurus atau nak tambah berat agak senang, nak mantain tu yang susah. Sebab itu pentingnya disiplin," ujarnya lagi. Fitri aktif berkongsi video kecergasan menerusi TikTok. Bagi mereka yang mahu mengikuti teknik senaman yang betul, Fitri juga banyak berkongsi video-video kecergasan menerusi laman TikTok miliknya. Menurut Fitri yang sudah lima tahun berkecimpung dalam dunia peragaan, soalan mengenai six pack, cara untuk kurus dan cara mendapatkan badan sado menjadi soalan paling popular yang diterimanya. "Saya kenal 'besi' dah tujuh tahun. Tapi sepanjang tempoh itu ada berhenti seketika kerana sibuk dengan komitmen kerja. Kalau ada masa memang saya fokus gim. Dah dua tahun jadi personal trainer, buat video fitness di TikTok pula sejak setahun lepas. Ujar Fitri, ramai yang bertanya soalan mengenai cara untuk mendapatkan six pack. "Saya menerima terlalu banyak soalan di TikTok sampai tak terlayan pertanyaan. Sebab tu saya hasilkan video sebab tak sempat nak reply setiap seorang. InsyaAllah saya akan perbanyakkan lagi video fitness. "Soalan paling banyak yang saya terima, orang tanya cara untuk dapatkan six pack, cara nak kurus dan cara untuk dapatkan badan macam saya. Tiga soalan ni paling banyak saya terima," ujarnya yang memiliki 60,000 pengikut di TikTok. Akhir bicara, Fitri turut menitipkan pesan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia kecergasan agar tidak bergantung kepada YouTube semata-mata, sebaliknya perlu merujuk mereka yang berkepakaran. Jejaka ini memiliki 60,000 pengikut di platform TikTok. "Nasihat saya, carilah personal trainer yang betul. Kadang-kadang mereka lebih kepada tengok di YouTube. "YouTube tak salah, tapi untuk newbie, carilah rujukan yang betul, risau tersilap teknik nanti mudarat pada diri," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI