suria

Sir Fathi buka pintu rumah untuk siapa nak datang beraya, nasihat pelajar tutup buku seketika dan enjoy sambut Aidilfitri

Sir Fathi mengalu-alukan jika murid-muridnya mahu datang beraya di rumah.

SELEPAS dua tahun dibadai pandemik Covid-19, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sudah tentu lebih meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sanak-saudara.

Begitulah juga dengan guru Matematik Tambahan ini yang tidak sabar untuk meraikan lebaran dengan penuh makna dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Fathi Hussein, dia yang cukup rapat dengan murid-muridnya tidak menghalang sekiranya mereka mahu datang beraya, malah tradisi itu juga sudah menjadi kebiasaan sebelum pandemik berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak ikut trend punya fasal, cikgu Add Math gigih mengajar dalam sungai walau jalan bertongkat

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut tengok gambar diri sendiri dalam longkang! Cikgu Matematik viral dedah pernah accident setiap bulan dalam masa setahun

"Sebelum ini memang ada sekumpulan pelajar saya dari kawasan Bangi Lama, dari Bandar Seri Putera... setiap tahun mereka akan datang beraya ke rumah. Sejak tingkatan lima sehinggalah masuk universiti, pasti mereka datang setiap tahun.

"Tapi semuanya berubah sejak Covid-19, bila ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, suasana itu sudah tiada. Tapi kalau ada yang nak datang tahun ini, tiada masalah. Kalau lebih ramai, lebih meriah.

"Tetamu yang datang kita kena raikan. Malah, ada pelajar-pelajar yang pernah hadiahkan saya baju Melayu dan sebagainya. Cuma janganlah minta saya beri duit raya RM100, kalau 50 sen pun kena terimalah," ujarnya dalam nada bergurau.

Menurut guru popular di media sosial yang berusia awal 30-an itu, dia berharap semua pelajarnya dapat menikmati Aidilfitri dengan tenang tanpa perlu memikirkan tekanan berkaitan pelajaran.

fathi2

Sir Fathi meraikan Aidilfitri di Selangor sahaja.

Ujarnya, biarpun pendidikan itu penting, tidak salah sekiranya mereka 'menutup buku' beberapa hari dan memanfaatkan Aidilfitri yang hadir setahun sekali dengan ahli keluarga dan rakan taulan.

"Waktu raya ni kena enjoy. Tak payah tengok buku. Ini masa untuk kita meraikan selepas sebulan berpuasa. Pergilah ke rumah kawan-kawan, saudara-mara. Kalau mak ayah ajak pergi beraya, ikut saja mereka.

"Nanti lepas dah habis raya keenam atau ketujuh, boleh 'pulun' balik belajar. Waktu belajar, kita belajar bersungguh-sungguh. Waktu rehat dalam musim raya ni pun, kita enjoy sepuasnya," ujarnya yang popular dengan gelaran Sir Fathi.

Tahun ini saya beraya di Paya Jaras, Sungai Buloh. Kemudian beraya di rumah mentua di Hulu Langat. Memang tak pernah beraya di negeri lain.

SIR FATHI

Bercerita mengenai dirinya, bapa kepada lima cahaya mata yang berasal dari Selangor itu mengakui cemburu dengan anak perantau yang dapat merasai suasana Aidilfitri setiap kali pulang ke desa.

Ujar Fathi, isterinya juga berasal dari negeri sama, jadi dia tidak pernah sekali pun dapat merasai perjalanan jauh bersama keluarga untuk pulang beraya.

"Tahun ini saya beraya di Paya Jaras, Sungai Buloh. Kemudian beraya di rumah mentua di Hulu Langat. Memang tak pernah beraya di negeri lain. Bila orang kata penat harungi kesesakan jalan untuk pulang beraya, saya tak tahu macam mana rasanya.

E3BA0D00-4A9C-44B2-A1E4-FF640D17B269

Fathi sudah 10 tahun bergelar guru Matematik Tambahan.

"Bukanlah saya nak benda tu, tapi itulah perasaan raya yang mana orang mengharungi perjalanan untuk pulang ke desa. Persediaan raya tahun ini biasa-biasa saja, sederhana tapi meriah selepas dua tahun beraya dalam PKP.

"Anak saya pun dah lima orang. Paling besar darjah satu, paling kecil pula lapan bulan. Persiapan baju raya anak-anak sudah selesai, saya dan isteri dahulukan anak-anak sebelum persiapan untuk kami.

"Suasana raya tu semestinya lebih terisi sebab boleh tengok keletah anak-anak. Pagi-pagi siapkan mereka comel-comel, tak lama lepas tu mesti comot sebab dah bermain berlari-lari. Tapi itulah kenangan yang akan diingati sampai bila-bila," ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain