suria

Selepas 35 pasang baju Hello Kitty viral sampai Indonesia, usahawan kosmetik berhabis lebih RM25,000 busana raya kali ini

Busana raya Afina sekeluarga berinspirasikan Hello Kitty dan beberapa watak kartun lain.

WANITA ini pernah tular kerana busana Hello Kitty yang dipakainya bagi menyambut ketibaan 1 Syawal.

Terbaharu, kisahnya mempunyai 35 pasang baju bertemakan kartun popular itu hangat menjadi bualan di negara jiran Indonesia.

Malah, keluarganya mendapat liputan oleh media di negara Republik itu, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: "Maaflah Datuk Z, Bayar Beribu Pun Saya Tak Nak"

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Bukan Takut Bini! - Akak Hello Kitty

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Yus Amina Mohd Zawizah tidak menyangka kisah baju raya Hello Kitty mendapat sambutan di Indonesia menjelang sambutan Aidilfitri.

kak hello kitty 5

Afina (kanan) begitu dikenali dengan busana berinspirasikan Hello Kitty.

Wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, kesannya cukup luar biasa kerana akaun laman sosialnya dihujani dengan mesej secara langsung (DM) daripada para pengikut di negara itu.

"Viral kat Indonesia, fanatik mereka lagi kuat. Jadi, bila media Indonesia buat liputan mengenai baju raya Hello Kitty baru-baru ini, ramai dari sana DM saya.

"Mereka tanya di mana beli kainnya, berapa harganya siap ada yang mahu beli preloved (baju terpakai) saya. Rata-rata mereka mahu menjadikannya sebagai inspirasi baju raya di Indonesia tahun ini," katanya ketika dihubungi.

Lebih mesra disapa Afina, katanya sejak menjadikan Hello Kitty sebagai inspirasi busana Aidilfitri bermula 2015, sebahagian kainnya ditempah khas dari Jakarta.

kak hello kitty 2

Afina (tengah) bersama dua anaknya.

Malah bagi menyambut lebaran tahun ini, katanya, sebanyak dua pasang disediakan untuk setiap ahli keluarganya termasuk dua anak, masing-masing seorang perempuan dan lelaki.

"Raya tahun ini saya dah sediakan lima pasang, termasuk dua pasang baju Hello Kitty untuk setiap seorang.

"Kelima-lima pasang baju untuk empat beranak berharga lebih RM25,000 termasuk harga kain dan servis tempahan," ujarnya yang berasal dari Machang, Kelantan.

kak hello kitty 6

Anak lelaki Afina turut memakai baju Hello Kitty.

Menurut usahawan kosmetik tersebut, tahun ini memberi cabaran kerana anak lelakinya berusia hampir tiga tahun tidak menggemari pakaian berinspirasikan kartun kucing itu.

"Anak lelaki saya akan menangis dan memberontak kalau dipakaikan baju Hello Kitty. Dia lebih suka watak kartun yang beraksi lawan-lawan.

"Tahun lepas baju raya Hello Kitty, anak lelaki saya hanya pakai sekejap saja. Sudahnya dia lebih selesa pakai baju raya watak kartun Captain America dan Ben 10," katanya.

Viral kat Indonesia, fanatik mereka lagi kuat. Jadi, bila media Indonesia buat liputan mengenai baju raya Hello Kitty baru-baru ini, ramai dari sana DM saya.

AFINA

Walau bagaimanapun, Afina yang menyukai hidangan lemang dan ketupat berkata, raya kali ini buat pertama kali anak bongsunya itu akan beraya di kampung di Kelantan sejak lahir.

"Memang saya tak balik selama dua tahun ni. Satunya sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) selama dua tahun, dan keluarga saya selalu datang ke Kuala Lumpur.

"Sebab first time dia balik kampung, jadi kami kena bagi mood baik untuk dia. Kalau mood dia tak baik, habislah dia tak pakai baju raya Hello Kitty tu," tambahnya.

kak hello kitty 3

Antara busana raya Afina sekeluarga pada 2022.

Tambah Afina, usaha 'memujuk' itu termasuk memberi peluang kepada anak lelakinya 'hilang fokus' dengan menonton kartun kegemarannya.

"Rancangnya nak pakai baju raya Hello Kitty raya pertama, tapi saya sedia berkorban pakai baju raya lain dulu. Nak buat macam mana, mood anak lelaki susah 'nak beli'," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain