SEORANG wanita hamil mengalami keguguran, manakala suaminya pula cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah bot di Semporna. Wanita tempatan berusia 22 tahun itu bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil, sementara suaminya yang berusia 34 tahun cedera akibat terkena kipas bot. Kedua-duanya kini sedang dirawat di Hospital Tawau. ARTIKEL BERKAITAN: Jeti runtuh, dua remaja lelaki mati lemas Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Farhan Lee Abdullah menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, wanita berkenaan sedang hamil 25 minggu ketika kemalangan itu. Difahamkan, ketika kejadian, pasangan tersebut menaiki bot dari Semporna menuju ke Kampung Hayang di Pulau Bum Bum apabila bot mereka bertembung dengan sebuah bot lain. Akibat pelanggaran tersebut, pasangan berkenaan terjatuh ke dalam laut. "Mereka diselamatkan oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital," tambahnya. Polis kini melancarkan gerakan memburu pemandu bot kedua yang dipercayai melarikan diri berikutan pelanggaran itu. Polis juga menyeru saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI