suria

Jeti runtuh, dua remaja lelaki mati lemas

Tragedi jeti runtuh yang meragut nyawa dua remaja pada 1 Syawal.

DUA remaja lelaki berusia 14 tahun dan 19 tahun lemas selepas jeti kayu yang mereka naiki runtuh secara tiba-tiba.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang Isnin (2 Mei) ketika mangsa bersama enam lagi rakan mereka berusia antara 11 tahun hingga 19 tahun, menaiki jeti kayu yang terletak di Kampung Gading-Gading, Semporna.

ARTIKEL BERKAITAN: Bot karam: 3 kanak-kanak antara lima yang lemas di Semporna, dua masih hilang

Ketua Polis Daerah Semporna Superitendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Pasukan Gerakan Am.

Beliau berkata polis, dengan bantuan penduduk kampung, berjaya menyelamatkan enam yang lain tetapi gagal mengesan dua remaja berkenaan sekaligus mengaktifkan operasi menyelamat.

"Kami menemui mangsa pada pukul 4.30 petang, tetapi mereka tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (3 Mei).

"Kedua-dua mangsa telah diberikan bantuan kecemasan pernafasan, namun malangnya mereka tidak bertindak balas dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di tempat kejadian pada pukul 5.30 petang," katanya lagi.

Mohd Farhan berkata polis masih menyiasat bagaimana jeti kayu tersebut runtuh. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain