suria

Wanita OKU terselamat, bumbung terbang dilanda ribut

Wanita OKU diselamatkan selepas rumahnya dilanda ribut awal pagi Rabu.

SEORANG wanita orang kurang upaya (OKU) diselamatkan anggota bomba selepas rumahnya dilanda ribut di Jalan Lengkungan Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor pada awal pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa berusia 40 tahun yang menghidap angin ahmar itu dibawa keluar dari rumah kira-kira jam 4 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bumbung diterbangkan angin, tiang elektrik tumbang... penduduk kata macam dibadai tornado

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada suami wanita itu pada jam 3.38 pagi.

"Seramai lima anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan mendapati rumah wanita itu mengalami kerosakan bumbung yang diterbangkan angin akibat ribut," katanya pada Rabu.

Menurut beliau, anggota bomba kemudian mengangkat dan membawa keluar mangsa dengan menggunakan kerusi roda.

Tambahnya, wanita itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke kawasan selamat.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada waris iaitu anaknya untuk urusan lanjut. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain