suria

Wartawan Los Angeles Times kelahiran Malaysia, Marcus Yam rangkul Hadiah Pulitzer

Marcus Yam memenangi Hadiah Pulitzer bagi fotografi berita. Foto: Meg McLaughlin/Los Angeles Times/AP

WARTAWAN Los Angeles Times kelahiran Malaysia, Marcus Yam berjaya merangkul Hadiah Pulitzer untuk kategori fotografi berita.

Yam memenangi anugerah bagi foto yang dirakam sewaktu ibu negara Afghanistan, Kabul, jatuh ke tangan pejuang Taliban.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Johor bangga wanita kelahiran Muar berkhidmat di NASA

"Seorang wartawan dengan keberanian jiwa seorang pahlawan dan hati penyair, Yam menyampaikan mesej gambar tragedi tanpa diungkap," kata Los Angeles Times pada hari Isnin (9 Mei).

Akhbar itu menambah, Yam berjaya merakam foto tersebut walaupun dikawal oleh salah seorang pemberontak.

Malah Yam mengatasi halangan teknikal ketika mahu menghantar imej-imej tersebut keluar dari zon perang.

Yam merangkul anugerah tersebut bersama empat lagi jurugambar dari Getty Images.

Empat jurugambar berkenaan memenangi Hadiah Pulitzer untuk gambar komprehensif mereka mengenai serangan 6 Jan 2021 ke atas bangunan US Capitol. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain