suria

Sultan Johor bangga wanita kelahiran Muar berkhidmat di NASA

Dia kini berkhidmat di Ibu Pejabat NASA yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

KEJAYAAN seorang wanita kelahiran Johor yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi di Ibu Pejabat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) wajar menjadi inspirasi rakyat negara ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Florence Tan yang kini sedang menempa nama di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 7 tahun dapat pengiktirafan temui tujuh asteroid untuk Nasa

"Saya mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan anak kelahiran Johor ini hingga menempa nama di luar negara.

“Ini juga merupakan satu kejayaan yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa.

"Pencapaian anak kelahiran Johor itu juga akan menjadi dorongan serta inspirasi kepada seluruh rakyat untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan di peringkat dunia,” titah baginda menerusi Facebook.

Florence dilahirkan di Muar dan berasal dari sebuah perkampungan nelayan.

Dia kini berkhidmat di Ibu Pejabat NASA yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Menerusi ruangan komen, rata-rata pelayar Facebook turut menulis ucapan tahniah dan memuji pencapaian wanita itu.

Malah netizen turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian anak Malaysia yang mampu menempatkan diri dalam organisasi besar seperti NASA.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain