suria

Cincin melekat pada alat sulit, lelaki Rohingya terpaksa tahan malu ketika dibantu bomba

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan cincin tersebut.

TERPAKSA tahan sakit lebih satu jam!

Begitulah kisahnya mengenai seorang lelaki warga Rohingya yang mengalami kejadian cincin melekat pada kemaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: 80 Panggilan Kecemasan Libat Kes 'Cincin Zakar'

Lelaki itu berhadapan detik memalukan ketika anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan cincin yang melekat pada kemaluannya dalam kejadian di Hospital Ampang pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 9.20 malam.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 9.23 malam.

"Kejadian melibatkan seorang lelaki Rohingya berumur 26 tahun yang mana cincin melekat pada alat sulit mangsa," katanya.

Katanya, anggota bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan cincin tersebut.

"Anggota bomba kemudian berjaya memotong cincin tersebut dan mengeluarkannya menggunakan peralatan khas.

"Mangsa yang dalam keadaan stabil diserahkan kepada pihak Hospital Ampang untuk tindakan lanjut," katanya. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain