PEMERGIAN lima pelajar yang rentung dalam kemalangan ngeri pada tengah malam Rabu merupakan satu kehilangan bukan sahaja kepada keluarga, malah rakan-rakan. Begitulah yang dirasai oleh Muhamad Akmal Norazli, 22, terhadap rakan-rakannya yang merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (Usas). ARTIKEL BERKAITAN: Lima mangsa rentung disahkan pelajar Usas, pemandu treler direman bantu siasatan ARTIKEL BERKAITAN: Rakan kuliah tak sangka persahabatan 5 mangsa utuh sampai ke akhir hayat, ada hasrat tidak kesampaian Muhammad Akmal berkata, dia sedih dengan pemergian rakannya, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurutnya, kedua-dua mereka sangat mengambil berat dan suka membantu rakan-rakan yang lain. "Arwah pernah nak bagi pinjam duit sebelum raya, tapi saya menolaknya sebab masing-masing dah nak raya. "Mereka memang kawan yang sangat baik. Bukan itu sahaja, mereka selalu ke masjid. Saya jumpa mereka kebanyakannya di masjid," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Raja Permaisuri Bainun, USAS di Kuala Kangsar, pada Khamis. Keadaan kereta dan treler yang terbakar. foto Bomba Perak Muhamad Akmal berkata, berita pemergian sahabatnya itu begitu mengejutkan kerana terlalu pantas dan kali terakhir mereka bertemu ketika Ramadan lalu. Dia yang turut menyempurnakan solat jenazah di masjid berkenaan menjelaskan pemergian kesemua mangsa merupakan kehilangan besar buat Usas dan jemaah masjid. Dalam kejadian di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar sekitar 12.52 malam Rabu itu, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, meninggal dunia akibat rentung selepas kereta dinaiki terbakar. - Sinar Harian Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI