suria

Remaja 15 tahun dirogol, bapa saudara disyaki mabuk

Mangsa dirogol ketika menumpang tidur di rumah ayah saudaranya.

LELAKI yang merogol anak saudaranya di Bandar Mutiara di Sungai Petani, Kedah disyaki berada alam keadaan mabuk ketika perbuatan itu dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan lanjut mengenai dakwaan itu masih dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rogol isteri rakan sarat mengandung, lelaki dipenjara 15 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak rogol anak kandung... Askar dijatuhi hukuman penjara 18 tahun, 34 sebatan

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Sabtu itu, lelaki berusia 34 tahun yang merupakan bapa saudara mangsa melakukan perbuatan terbabit ketika remaja perempuan berusia 15 tahun lapan bulan itu menumpang tidur di rumahnya.

"Turut berada dalam bilik tidur sama ialah ibu saudara (isteri suspek) dan dua orang sepupu mangsa yang berusia tujuh serta lapan tahun.

"Kita percaya pasangan suami isteri itu berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku.

"Minuman jenis apa tidak pasti tetapi mereka (bapa dan ibu saudara mangsa) dalam keadaan mabuk," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Sabtu, suspek dikatakan masuk ke bilik tidur sebelum meraba dan merogol mangsa.

Mangsa dikatakan tidak menjerit disebabkan takut dengan tindakan bapa saudaranya.

Isteri suspek yang berada dalam bilik yang sama tidak menyedari perbuatan itu kemungkinan tertidur disebabkan mabuk.

Terdahulu, remaja perempuan terbabit dirogol ketika menumpang tidur di rumah bapa saudara kerana nenek yang menjaganya pulang ke kampung di Pendang selama dua hari.

Difahamkan, mangsa yang tidak lagi bersekolah tinggal bersama neneknya sejak setahun lalu.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain