suria

Wanita 54 tahun tersalah tekan pedal minyak, langgar pelanggan di kaunter pembayaran... Rupa-rupanya tiada lesen

Semakan lanjut mendapati pemanud itu tidak memiliki lesen memandu.

SEORANG wanita cedera ringan selepas dirempuh sebuah kereta ketika berada di kaunter pembayaran sebuah stesen minyak di Tawau, Sabah, pada 5 Jun lalu.

Siasatan awal mendapati pemandu berusia 54 tahun itu, juga seorang wanita, secara tidak sengaja menekan pedal minyak sehingga berlaku kejadian malang itu.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian yang berlaku di Jalan Sin Onn pada 5 Jun lalu menyebabkan kaunter mengalami kerosakan teruk manakala mangsa berusia 52 tahun hanya mengalami luka dan calar di kaki.

Katanya, pemandu itu baru sahaja selesai mengisi minyak keretanya kira-kira jam 9.30 pagi dan sedang bersiap sedia untuk beredar.

“Selepas menghidupkan enjin, dia tertekan pedal minyak, menyangka ia pedal brek menyebabkan kereta itu merempuh ke hadapan dan merempuh mangsa.

“Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Semakan lanjut mendapati dia tidak memiliki lesen memandu,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian itu selepas satu video tular di media sosial baru-baru ini. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain