suria

Tragis dua beranak ditemui rentung

Dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran.

TRAGIS apabila dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran di Tawau, awal pagi Ahad.

Kejadian membabitkan lima rumah di Kampung Titingan di Jalan Tawau Lama.

Ketika kebakaran berlaku, mangsa, Sadiah Jabar, 68, dan anaknya, Kamisah Mapiasah, 49 tahun gagal menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 12.53 tengah malam.

Katanya, seramai 20 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak empat kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau.

"Kebakaran melibatkan lima rumah iaitu tiga rumah jenis tidak kekal yang terbakar seratus peratus manakala dua lagi masing-masing terbakar 60 peratus dan 40 peratus.

"Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dan hasil pemeriksaan terdapat dua mangsa dipercayai dua beranak yang kami temui rentung di bahagian bawah rumah dua tingkat tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Ahad.

Julius berkata, dua lagi ahli keluarga lain sempat menyelamatkan diri daripada rumah berkenaan.

"Kedua-dua mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Katanya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.08 pagi. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain