suria

Remaja OKU 15 tahun dirogol jiran

Seorang pemandu lori ditahan disyaki merogol seorang remaja OKU. -gambar hiasan

SEORANG remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran berusia 15 tahun dipercayai dirogol oleh jirannya dekat Kota Bharu, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, seorang pemandu lori berusia 20-an ditahan selepas disyaki merogol remaja berkenaan.

Beliau berkata, ibu mangsa membuat laporan polis selepas mendapati anak perempuannya tiada di rumah sebelum remaja itu pulang kira-kira pukul 7.50 malam pada hari sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Disyaki rogol remaja, pemain bola sepak ditahan

"Ibu mangsa mengesyaki anaknya keluar bersama kawan lelaki dan dirogol.

"Mangsa dipercayai dirogol oleh lelaki yang juga jirannya, masih bujang berusia 20-an," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Susulan insiden tersebut, Mohd Rosdi berkata, polis menahan suspek di kawasan Jalan Kampung Bunut Payung, Kota Bharu, kira-kira pukul 8.30 malam.

"Mangsa seorang OKU masalah pembelajaran dan pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu.

"Mangsa dibawa ke hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu untuk pemeriksaan dan rawatan," katanya.

Menurut beliau, semakan terhadap suspek yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai dua rekod jenayah termasuk berkaitan dadah.

"Ujian saringan yang dilakukan ke atas lelaki itu mendapati positif methamphetamine.

"Suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya sambil menambah jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain