suria

Wanita hina Islam di kelab disiasat Jawi

Tangkap layar video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen.

SUSULAN perbuatan mempersenda agama Islam oleh seorang wanita baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tampil mengeluarkan satu kenyataan rasmi.

Menurut pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail, pihaknya mengambil maklum berkenaan video tular yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail dan siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bangga hafal Quran 15 juzuk, kemudian buka baju separuh bogel! Firdaus Wong kata ‘dia hina diri sendiri’

"Jawi sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam khususnya yang berlaku di Wilayah-Wilayah Persekutuan lebih-lebih lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha yang mulia," katanya.

Siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 559 Aka Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina.

Jika disabitkan kesalahan, wanita ini bakal didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Untuk rekod, video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran.

Dia kemudiannya menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang kurang sopan sehingga mencolok mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain