SEORANG lelaki berusia 55 tahun ditemukan meninggal dunia ketika pengagihan daging sempena Hari Raya Aidiladha di pusat khidmat parlimen Masjid Tanah, Melaka pada Isnin. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata lelaki yang dikenali sebagai Abd Malik Bakar itu gagal menjawab apabila namanya dipanggil penganjur untuk mengambil bungkusannya kira-kira jam 11 pagi. "Seorang wakil penganjur pergi ke tempat lelaki itu duduk dan mendapati dia tidak sedarkan diri. Beberapa orang kemudiannya membawa lelaki itu ke sofa sebelum memaklumkan klinik kesihatan Kuala Sungai Baru," katanya. Sejurus ambulans tiba, pegawai perubatan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia. Beliau berkata penganjur kemudian membuat laporan polis. Tambah beliau, perkara itu telah diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI