suria

Lelaki maut jatuh di pusat beli-belah

Mangsa yang terjatuh meninggal dunia. foto Anwar Ahmad

SEORANG lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah popular di Alor Setar, pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki berusia 65 tahun itu ditemui berlumuran darah di aras bawah pusat beli-belah dalam kejadian 10 pagi.

"Siasatan awal mendapati semasa kejadian, seorang pengawal keselamatan ternampak lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan di tingkat empat.

"Pengawal keselamatan cuba membantu mangsa, tetapi mangsa terjatuh sebelum sempat dibantu," katanya ketika dihubungi.

Ahmad Shukri berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat mangsa.

Tambah beliau, keluarga mangsa memaklumkan mangsa merupakan pesakit di bahagian psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah dan baru menjalani rawatan susulan di hospital itu pada Isnin.

"Mangsa yang belum berkahwin sering datang ke pusat beli-belah itu merayau-rayau seorang diri,” katanya sambil memberitahu mangsa cedera parah di kepala.

Menurut Ahmad Shukri, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat. - The Star

Artikel Lain